Tuesday, July 06, 2004

Democracy..My Way

Azimi tarik diri, Puteri sengit
KUALA LUMPUR 5 Julai(utusan) - Persaingan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO menjadi semakin menarik apabila berlaku lagi senario `tarik diri' manakala Puteri pula terus sengit berentap untuk merebut kerusi ketua, menjelang pemilihan parti September ini.

Yang terbaru hari ini, seorang lagi bakal calon pesaing bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, Datuk Azimi Daim mengumumkan beliau tidak akan bertanding jawatan itu.

Keputusannya itu bermakna Exco Pemuda, Khairy Jamaluddin, 28, adalah satu-satu potensi calon yang tinggal untuk jawatan itu, setelah tiga yang lain juga `menarik diri'.

In Umno, when U challenge the leader it is considered as memecah belahkan parti.Propaganda itu akan sentiasa ditiupkan acapkali ada
pertandingan jawatan parti sehinggakan ianya dihitam-pekatkan sebagai amat-amat negatif sekali.Ianya tak pernah cuba dilihat sebagai sesuatu yang sihat.Begitulah takutnya parti ini kepada insan bernama demokrasi.Sebab itu,bila ada pertandingan saja maka budaya "Yang menang kaut semua, Yang kalah hilang segalanya" berleluasa.Oleh itu,to challenge the incubent even at branch level pun, risikonya amat tinggi sekali.

Berbalik kepada berita diatas,maka amatlah difahami mengapa semua calun cabut lari bila dengar nama KJ saje...waa,ini menantu manya hebat loo..

No comments: