Saturday, July 31, 2004

Perkongsian Pintar...Yeh..Yeh

Malaysia meterai kontrak bekalan air RM2.28 bilion
LANGKAWI 30 Julai - Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) terus menunjukkan hasil konkrit apabila Malaysia dan Zimbabwe akan menandatangani perjanjian mengenai pemilikan saham bagi projek pembekalan air bernilai RM2.28 bilion (AS$600 juta) untuk wilayah Matabeleland di barat Zimbabwe Sabtu ini.
Majlis Perjanjian yang melibatkan usaha sama syarikat-syarikat Malaysia dan Zimbabwe itu akan disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe semasa kedua-dua pemimpin menghadiri Global 2004 - LID.
Pengerusi Perkongsian Komanwel bagi Pengurusan Teknologi (CPTM), Tan Sri Dr Omar Abdul Rahman berkata, perjanjian tersebut merupakan satu lagi hasil nyata yang berjaya dicapai menerusi penganjuran siri-siri dialog seperti LID.

Memang pintar. Dr.M beri balak kat Mugabe,tup..tup..dapat kontak air berbilion pulak tu.Hebat memang hebat. Ada beberapa persoalan disini..
1.Mugabe dah tak de kawan dah..last sekali org yg boleh tolong dia adalah Dr.M jugak
2.Paymentnya ok ke?aku rasa projek ni ok tapi tak bayarannya entahlah..silap hari bulan lingkop.....

No comments: