Sunday, June 20, 2004

Bila Ku Li buka gelanggang..

Ku Li sedia dicalonkan
GUA MUSANG: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan kesediaannya kesediaannya merebut jawatan tertinggi dalam Umno pada pemilihan parti September ini jika ada pencalonan daripada bahagian.

Tanpa menyebut jawatan mana yang sedia ditandinginya, Tengku Razaleigh berkata beliau menyerahkan kepada ahli pada peringkat akar umbi untuk menentukan kerusi mana yang harus ditandinginya.

“Kalau ada pihak Umno (bahagian) mahu kepada khidmat, tenaga, buah fikiran dan jika mereka fikir saya masih layak, saya akan menerima tawaran itu (bertanding jawatan tertinggi parti) dengan hati terbuka,” katanya kepada Berita Minggu di kediamannya di Bukit Chekati, di sini malam kelmarin.

huh..ini amat menarik sekali.Kalau boleh beliau dicalonkan utk jawatan presiden ke atau timbalan ke, baru seronok.I thought democracy has been dead in Umno..hasn't it?
go..go..ku li,go...

No comments: