Saturday, June 19, 2004

Khidmat Negara : anugerah dari satu kegagalan

IPTA rugi berjuta ringgit akibat vandalisme pelatih PLKN

KUALA LUMPUR 18 Jun - Hampir semua 22 kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang menempatkan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kerugian berjuta ringgit akibat kegiatan vandalisme sebahagian peserta program itu.

Berikutan itu, terdapat IPTA yang enggan membenarkan kampus mereka sebagai pusat latihan kepada pelatih PLKN setelah menamatkan modul pertama di kem.

Perbuatan seperti merosakkan bilik, kunci pintu, meja dan pelbagai kemudahan lain itu menjadi antara faktor cadangan membatalkan modul di IPTA dan sebaliknya latihan hanya akan diadakan sepenuhnya di dalam kem.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri berkata, banyak kerosakan harta yang dianggap serius dilaporkan di kampus IPTA yang menempatkan pelatih PLKN itu. ``Hampir semua IPTA, ada yang teruk dan ada yang tidak seberapa tetapi keseluruhannya ada masalah vandalisme sehingga mencecah juta ringgit,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Problem lagi..Program ni memang sepatutnya digantung saja sehingga satu perancangan yang lebih teliti dapat di adakan..kalau agak susah,hapuskan saje program ni..buat habis beras aje..Itulah apabila politik dicampuradukan dengan agenda negara, macam nilah jadinya..tapi these morons will never learn, betul tak?

No comments: